Wednesday, August 21, 2019

Metodologi atau kaedah

Metodologi atau kaedah Pengenalan Metodologi atau kaedah yang digunakan dalam sesebuah kajian merupakan suatu bentuk kawalan dalam memperolehi data dan maklumat supaya mampu menjawab objektif-objektif yang digariskan dalam kajian yang dijalankan ini. Untuk lebih jelasnya, bab ini akan menjelaskan kaedah yang digunakan dalam kajian stres dalam kalangan pelajar sekolah menengah persekolahan satu sesi di daerah Nebong Tebal. Secara khususnya bab ini menerangkan metodologi kajian yang meliputi reka bentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, persampelan, instrumen kajian, kesahan kebolehpercayaan, kajian rintis dan penganalisisan data. Reka Bentuk Kajian Menurut Sulaiman Masri (2003), reka bentuk penyelidikan ialah perancangan yang menentukan cara penyelidikan yang dijalankan untuk menemukan jawapan kepada permasalahan penyelidikan yang telah ditetapkan pada bab I. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif yang dijalankan secara tinjauan (survey) terhadap responden kajian yang terlibat. Lokasi Kajian Lokasi kajian ini terhad kepada sebuah sekolah menengah satu sesi yang terlelak di daerah Nibong Tebal. Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah menengah satu sesi yang terletak di Daerah Nebong Tebal. Pemilihan pelajar tingkatan 2 ini adalah kerana mereka tidak terlibat dengan peperiksaan awam yang boleh mengganggu mereka. Seramai 60 orang yang terdiri daripada 30 orang lelaki dan 30 orang perempuan dari sekolah satu sesi tersebut telah dipilih mengikut prosedur persampelan rawak. Menurut Chua Yan Piaw (2006), prosedur persampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian. Instrumen Kajian Menurut Fraenkel dan Wallen (2007) The term instrumentation refers to the entire process of collecting data in a research investigation. (Hlm : 144) Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada satu set soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian A (5 items) : yang berkaitan dengan Demografi responden. Bahagian ini terdiri daripada jantina, jarak ke sekolah, pergi ke sekolah, skor awal tahun dan skor akhir tahun. Bahagian B mempunyai 25 items yang berkaitan tentang tekanan pelajar tentang persekolahn satu sesi dan kesan yang dialami oleh pelajar akibat persekolahan satu sesi. Skala pengukuran yang digunakan dalam bahagian B adalah jenis likert yang terdiri daripada lima skor utama seperti berikut : 1 = Amat tidak setuju. 2 = Tidak setuju. 3 = Kurang setuju 4 = Setuju. 5 = Amat Setuju. Kajian Rintis Kajian rintis (pilot study) merupakan kajian sejarah kecil-kecilan yang dilaksanakan sebelum kajian sebenar dilakukan (Chua Yan Piaw, 2006). Dalam kajian ini, pengkaji menjalankan kajian rintis yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat awal berhubung kesahan dan keboleh percayaan instrumen yang dibina. Item-item ini dalam soal selidik telah diuji bagi memastikan sama ada terdapat kekeliruan, kesukaran menjawab, ketidak jelasan, salah faham, dan lain-lain interpretasi yang tidak jelas. Sampel yang terlibat dalam ujian ini terdiri daripada 60 responden di sebuah sekolah yang berhampiran dengan sekolah kajian. Hasil kajian rintis ini mendapati bahawa semua item dalam bahagian B (Faktor stress dan beban belajar) yang berunsur positif perlu digugurkan dan digantikan dengan item yang lebih sesuai mengikut objektif kajian ini. Kesahan dan Kebolehpercayaan Kajian rintis (pilot study) juga telah digunakan untuk menguji kesahan soalan kajian. Borang soal selidik telah dianalisis bagi melihat darjah kebolehpercayaan (cronbach alpha). Ujian kebolehpercayaan (reliability test) dilakukan terhadap soalan yang berkaitan dengan faktor stres, kesan stres dan beban belajar kepada kesihatan diri dan kehidupan dalam keluarga. Kepentingan ujian ini adalah untuk mengetahui tentang item soal selidik yang disediakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kesesuaian soalan telah dinilai dari segi kefahaman pelajar terhadap tatabahasa, kandungan dan masa yang diambil untuk menjawab semua soal selidik tersebut. Menurut Mohd Majid Konting (2004), pekali kebolehpercayaan yang lebih daripada 0.60 sering digunakan. Oleh itu, nilai alpha yang digunakan untuk ujian kebolehpercayaan ini ialah 0.60. Hasil kajian ini mendapati bahawa soalan faktor stres, kesan stres dan beban belajar kepada kesihatan diri dan kehidupan dalam keluarga mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan hasil yang diperolehi daripada ujian kebolehpercayaan yang dilakukan. Jadual 3.1 : Nilai alpha ujian kebolehpercayaan (reliability test) faktor diri dan latar belakang kehidupan dalam keluarga. Stres yang disebabkan oleh faktor diri, interpersonal, dan organisasi adalah sebagai berikut : Analisis Data Pengkaji menganalisis data dengan menggunakan statistik deskriptif bagi menjawab soalan-soalan kajian. Data daripada borang soal selidik akan dianalisis menggunakan program SPSS for windows version 15.0 untuk mendapatkan kekerapan (frekuensi) dan peratusan bagi setiap soalan kajian. Data kajian diwakilkan dalam bentuk jadual dan rajah serta dibuat tafsiran umum. Manakala analisis data dibuat dengan membandingkan peratusan tertinggi dan terendah serta nilai skor min dan skor piawai bagi setiap soalan kajian. Kesimpulan Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan kaedah soal selidik sepenuhnya untuk mendapatkan dapatan kajian daripada responden yang dipilih secara rawak tentang faktor-faktor yang menyebabkan stres dan beban belajar dan kesan stres dan beban kerja kepada kesihatan diri dan kehidupan dalam keluarga. Sebuah sekolah menengah harian satu sesi di daerah Nibong Tebal telah dijadikan lokasi kajian dan 60 responden telah dipilih sebagai sampel kajian yang terdiri daripada 60 pelajar daripada sekolah menengah tersebut. Hasil dapatan kajian ini akan disenarai dan dihuraikan secara terperinci dalam bab 4 akan datang.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.